Official CM Website
Speeches
Perlancaran Program Digital Kenyalang 2017
Deliver on 18 Sep 2017

Click here for Perlancaran Program Digital Kenyalang 2017 text files.


TEKS UCAPAN

YAB DATUK PATINGGI ABANG HAJI ABDUL RAHMAN ZOHARI BIN TUN DATUK ABANG HAJI OPENG

KETUA MENTERI SARAWAK

Perlancaran Program Digital Kenyalang2017

14 September 2017

Penview Convention Centre, Kuching, Sarawak

 

Assalamualaikum W.B.T., Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia dan Salam Ibu PertiwiKu.

 

Salutations 

  • Yang Berhormat Dato’ Sri Hajah Fatimah Bt. Abdullah

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti,

Wanita, Keluarga Dan Pembangunan Kanak-Kanak Sarawak

  • Yang Berbahagia Datuk  Yasmin Mahmood

Ketua Pengarah Eksekutif, Malaysia Digital Economy Corporation

  • YB-YB, Datuk-Datuk, Datin-Datin, Tetamu-tetamu kehormat,Tuan-tuan dan puan-puan,

Terlebih dahulu, marilah kita memanjatkan kesyukuran kehadrat Ilahi kerana dengan hidayah dan izin-Nya, maka kita dapat bersama-sama pada pagi yang ceria ini, dalam satu majlis yang cukup bermakna bagi pembangunan masyarakat kita iaitu Majlis Pelancaran Program Digital Kenyalang 2017. Syabas dan tahniah kepada Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga Dan Pembangunan Kanak-Kanak DBKU dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia atau MDEC kerana berjaya membuat koloborasi yang strategic dan bermakna dalam penganjuran program ini dan Majlis pelancaran pagi ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur terutama sekali kepada Yang Berhormat Datuk Sri Hajah Fatimah Bt. Abdullah, Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga Dan Pembangunan Kanak-Kanak Sarawak kerana telah sudi menjemput saya untuk menyempurnakan majlis ini.

YB, Datuk-Datuk, Tuan-tuan dan puan-puan

Dalam memastikan kesinambungan pembangunan ekonomi yang kita kecapi hari ini, Kerajaan Persekutuan dan Negeri sentiasa berusaha dalam melaksanakan pelbagai program dan inisiatif pembangunan ekonomi negara yang berteraskan kepada pembangunan masyarakat.   Usaha dan inisiatif ini termasuk dalam membangunkan ekonomi digital negara.  Sejajar dengan usaha membangunkan ekonomi digital,Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (KKMM)bersama agensinya Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia atau MDECtelah diberi mandat untuk melaksanakan pelbagai program membangunkan ekonomi digital negara yang mampan. Program yang dibangunakan diharap dapat mencipta kekayaan, membangunkan modal insan dan menaiktaraf kehidupan rakyat.Di peringkat Negeri Sarawak, Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga Dan Pembangunan Kanak-Kanaktelah mengambil langkah proaktif bekerjasama dengan MDECdalam membawa kesinambungan program ekonomi digital kepada rakyat Sarawak melalui Program Digital Kenyalang 2017yang merangkumi 6 lokasi strategik di seluruh negeri ini. Program yang kita hadiri hari ini adalah  bukti usaha kerajaan bagi mewujudkan kesedaran dan meningkatkan penyertaan golongan sasaran terhadap peluang-peluang ekonomi digital yang disediakan oleh kerajaan.

Di bawah kempen ekonomi digital MDEC yang dikenali sebagai#youcanduit, dua program teras iaitu program ‘e-usahawan’ dan ‘e-rezeki’ diperkenalkan untuk membuka laluan dan melatih isi rumah berpendapatan rendah agar dapat meraih peluang pendapatan melalui alam digital. Sejajar dengan objektif Program Digital Kenyalang 2017,kedua-dua program ini menjadi komponen utama digital kenyalang yang merangkumi aktiviti bootcamp e-usahawan dan e-rezeki, lantikan pelatih-pelatih e-usahawan di kalangan pelatih tempatan, serta penyediaan latihan percuma e-usahawan dan e-rezeki kepada semua peserta yang mendaftarkan diri di sepanjang program digital kenyalang ini.

YB, Datuk-Datuk, Tuan-tuan dan puan-puan

In a digital economy, businesses and individuals are creating, innovating and growing new business opportunities faster than ever before.The whole world has become borderless and they are interconnected through ICT. Digital interconnectivityenables more variety of products and services to be offered – promoting healthier competition within industries which will result in higher quality of products and services. Business activities and commercial trade are now more globalised than ever before. Buying and selling products are on a global scale and new businesses involved in technology are launching daily.

We can see that in just a few decades, the landscape of how we do business and conduct our lives has changed drastically and technology has also advanced exponentially in the past few years.With digitalization comes increased opportunities for businesses to reach new customers and suppliers.

We can see that this new creative industry has a big potential to generate wealth and create jobs in the country through the promotion and exploitation of intellectual property that can compete in the international market.

Sarawak government realises its importance and is therefore fully committed to developing a digital economy.We are very hopeful that the digital economy will permeate all aspects of society, including the way people interact, the economic landscape, the skills needed to get a good job, and even political decision-making. Our emerging digital economy has the potential to generate new scientific research and breakthroughs, fueling job opportunities, economic growth, and improving how people live their lives.

YB, Datuk-Datuk, Tuan-tuan dan puan-puan

Usaha melahirkan golongan usahawan serta peluang mencipta peluang kekayaan bukannya perkara mudah, apatah lagi sebahagian besar rakyat mendapati sukar menerapkan budaya keusahawanan dalam kehidupan harian. Justeru, amat penting untuk pihak Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat serta agensi-agensi berkaitan serta ngo-ngo keusahawanan sama-sama berusaha memberi kesedaran kepada masyarakat – betapa  pentingnya keusahawanan sebagai satu pendekatan yang dapat memastikan kita turut menikmati hasil kekayaan negara.

Dalam era globalisasi ini, dengan kehadiran internet serta kerancakan dan populariti alam siber, sudah tentu usahawan perlu menerajui minda untuk sentiasa mencari pendekatan baharu dalam menjalankan perniagaan.

Usaha MDEC memperkenalkan program e-usahawan adalah salah satu pendekatan baru untuk memperkasa keusahawanan.

Untuk makluman semua, program e-usahawan ini berhasrat untuk menggalakkan golongan belia dan para usahawan mikro untuk berkecimpung dalam sektor perniagaan digital.Program ini dilaksanakan melalui pendedahan kepada ilmu dan kaedah tentang keusahawanan digital. Ilmu di sampaikan kepada pelajar-pelajar pusat pendidikan latihan teknik dan vokasional (TVET) sepenuh masa melalui penerapan kedalam kurikulum utama serta dikembangkan kepada komuniti usahawan-usahawan mikro menerusi kursus-kursus jangka pendek yang dijalankan di Pusat-Pusat Tvet yang terpilih di seluruh negara. Pendedahan kepada ilmu keusahawanan digital melalui program ini, sudah tentu membawa manfaat kepada rakyat Sarawak selain mempertingkatkan skil keusahawanan serta memperluaskan pengetahuan tentang perniagaan digital.

Di bawah program eusahawan yang dijalankan pada 2016 sebanyak 348 PusatTVETdi seluruh negara telah terlibat. Program e-usahawan ini juga di perluaskan kepada usahawan mikro di seluruh negara melalui kursus pendek di Pusat TVET yang terpilih. Sehingga 31 disember 2016, 51 ribu pelajar TVET dan usahawan mikro telah mengikuti kursus ini dan hasil jualan keseluruhan terkumpul yang dijana adalah rm48 juta. Pada tahun 2017, 80,000 peserta dijangka akan mengikuti kursus ini dengan sasaran hasil jualan terkumpul sebanyak RM60 juta.

Di Sarawak, sebanyaklebih dari 6 ribu orang telah dilatih terdiri daripada pelajar TVET dan usahawan mikro.  Daripada jumlah ini, sebanyak 1,700telah menjana pendapatan melalui online dengan nilai sebanyak rm3.7 juta. 

YB, Datuk-Datuk, Para hadirin yang dihormati sekalian

Program e-rezeki pula melibatkan kumpulan sasar yang amat penting iaitu golongan “B40” atau isi rumah yang berpendapatan rendah. Program e-rezeki ini menyediakan “platform” bagi kumpulan ini menjana pendapatan tambahan. Ini boleh dilakukan melalui aktiviti atau tugasan mudah dan bersesesuaian dengan kemahiran isi rumah untuk menjadi sebahagian daripada tenaga kerja digital yang berdaya saing.

Pada 2016, program e-rezeki telah menghasilkan pendapatan tambahan terkumpul berjumlah lebih dari 17juta ringgit kepada lebih 50 ribu peserta. Program e-rezeki ini di jangka dapat menyumbangkan hasil pendapatan tambahan sehingga 70 juta ringgit pada 2017. Di samping itu, sebanyak lebih 150 pusat dan wakil erezeki akan beroperasi pada tahun ini untuk menyediakan kemudahan bagi melatih golongan b40 untuk melaksanakan tugasan digital.

Kedua-dua program eusahawan dan erezeki ini juga disasarkan dapat menarik penyertaan 150,000 orang diseluruh negara pada akhir tahun 2017 dan sekaligus membantu meningkatkan taraf ekonomi rakyat dan negara.

Para hadirin yang dihormati sekalian

Ekonomi digital negara berkembang dengan pesatnya dan terdapat pelbagai peluang perniagaan dan cara untuk meningkatkan pendapatan secara atas talian. Pihak Kerajaan telah menyediakan saluran-saluran yang sewajarnya dan usaha-usaha ini dilakukan dengan harapan rakyat dapat mengambil inisiatif sendiri untuk meringankan beban kewangan mereka dan mengecapi kejayaan dalam perniagaan masing-masing.

Saya mengambil kesempatan ini untuk  menyeru kepada semua yang berada di Negeri Sarawak untuk merebut peluang yang disediakan menerusi Program Digital Kenyalang 2017 dan menyertai bootcamp dan latihan e-usahawan dan e-rezeki yang dikendalikan oleh mdec di sepanjang program ini.

Sebagai mengakhir ucapan saya, sekali lagi, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua individu, agensi dan organisasi yang terlibat dalam membantu menganjurkan program pada hari ini dengan jayanya.

Semoga Program Digital Kenyalang 2017 ini dapat memberikan peluang dan manfaat kepada semua dan usaha yang dilakukan ini mendapat kepercayaan dan keyakinan rakyat tentang usaha murni yang dilakukan oleh pihak kerajaan demi kesejahteraan kehidupan mereka.

 

Sekian, terima kasih.

Wabillahi taufik walhidayah, wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

 

Speeches By: YAB Datuk Patinggi Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg